Thursday, 11 December 2014

Khidmat Masyarakat

Disember 10, 2014 : Team AUFA telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Kami telah memilih untuk mengadakan perkongsian ilmu bersama - sama ahli beberapa orang penghuni Blok Casuarina 1, Kampus Puncak Alam bagi menjayakan kelangsungan projek ini.


Perkongsian ilmu dijalankan dengan cara pemberian kata - kata hikmah yang mudah dibawa dan dilekatkan di mana - mana sahaja. Helaian kata - kata hikmah yang diberi nama "SEUNTAI KATA" mengandungi pelbagai nasihat mengenai kehidupan kepada generasi muda.






MENERANGKAN ISI KANDUNGAN "SEUNTAI KATA" KEPADA MASYARAKAT



MENAMPAL "SEUNTAI KATA" PADA BOARD DI MEJA BELAJAR



WAJAH - WAJAH CERIA MENDAPAT "SEUNTAI KATA" YANG MENARIK





Perkongsian ilmu bukan sahaja berjaya dijalankan dengan jayanya apabila mendapat respons yang positif daripada para penghuni Blok Casuarina.
Kata - kata hikmah daripada "Seuntai Kata" diharap dapat memberi kesan yang positif kepada mereka semua disamping mengingatkan diri masing  - masing agar menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.






Saturday, 6 December 2014

Al - Kisah Perjalanan AUFA




Pada hari yang sama Team AUFA keluar untuk menemu ramah Ibu Murtini, Team AUFA juga sempat singgah ke Majlis Perkahwinan salah seorang sahabat kepada ibu ahli Team AUFA. Alangkah bertuahnya hidup ini.


 Apa yang Team AUFA cuba ke tengahkan di sini bukanlah keberuntungan kami dapat menikmati nasi minyak dan hidangan yang enak tetapi, Team AUFA ingin membicarakan mengenai perkahwinan dan pembinaan keluarga.



Sebelum itu, marilah kita mengenali definisi keluarga itu sendiri


Konsep dan falsafah institusi keluarga
    Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi individu yang  baik.
Dari situ akan lahir masyarakat yang berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah SWT.
Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan antara dua individu yang kemudiannya berkembang menjadi suatu institusi keluarga.

    Kedatangan Islam telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah ianya menjadi lebih teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa. Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibubapa mereka.


Definisi Perkahwinan

Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut.

     ‘Nikah’ menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah ‘Ijab dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.


Tujuan Nikah


Secara umum tujuan perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut :

    Melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى
    Mengikuti sunah Rasulullah .
    Membina rasa cinta dan kasih sayang.
     Bagi memperoleh keturunan yang sah.
    Bagi memperolehi kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sakinah.
    Bagi memenuhi keperluan seksual yang sah dan diredhai Allah سبحانه وتعالى

  
Hikmah Pernikahan

1.      Menjaga keturunan

2.      Memelihara kesucian diri

3.      Melaksanakan tuntutan syariat

4.      Dapat mengeratkan silaturahim

5.      Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

6.      Suatu cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks

7.      Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat dapat dielakkan.

8.      Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman


Ajaran dan pendidikan Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat dalam membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan - kegiatan negetif dan perkara- perkara  yang tidak bermoral.

Oleh itu, perkahwinan dan institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam, dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman mewujudkan keluarga sakinah, mawadah dan warahmah.



Poligami dalam menurut Islam.

Poligami bukanlah satu amalan yang asing dalam kehidupan umat Islam dizaman Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Majoriti sahabat-sahabat Rasulullah SAW hidup berpoligami berbanding yang tidak berpoligami.



Hukum poligami

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :
 وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3)

Tetapi, hukum poligami  boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

SUNAT

Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain. Contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat.

MAKRUH

Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui (syak) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Sabda Rasulullah s.a.w :
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.

HARAM
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :

 لا ضرر و لا ضرار
“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”


Syarat-syarat Berpoligami.

1. Suami dapat bersikap adil terhadap isteri-isterinya. Maksud adil di sini ialah keadilan yang mampu digapai oleh manusia, iaitu sama rata dari sudut material sama ada nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
2. Kemampuan memberi nafkah. Syarak tidak membenarkan perkahwinan seorang lelaki yang ternyata tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya, sama ada isterinya itu seorang, dua, tiga atau empat.

Hikmah Berpoligami.                                  

1. Mengangkat darjat dan taraf hidup kaum wanita yatim dan miskin secara sosial di samping menjaga kehormatan wanita.
2.Melatih kaum lelaki untuk menjadi pemimpin dan berbuat adil. Manakala melatih kaum wanita untuk patuh pada suami untuk sama-sama beribadah dan berjuang di jalan Allah.
3.Mendapatkan keturunan atau memperbanyak keturunan yang soleh dan solehah.
4. Melaksanakan perintah Allah.