Pada hari yang sama Team AUFA keluar untuk menemu ramah Ibu Murtini, Team AUFA juga sempat singgah ke Majlis Perkahwinan salah seorang sahabat kepada ibu ahli Team AUFA. Alangkah bertuahnya hidup ini.
Apa yang Team AUFA cuba ke tengahkan di sini
bukanlah keberuntungan kami dapat menikmati nasi minyak dan hidangan yang enak
tetapi, Team AUFA ingin membicarakan mengenai perkahwinan dan pembinaan
keluarga.
Sebelum
itu, marilah kita mengenali definisi keluarga itu sendiri
Konsep dan
falsafah institusi keluarga
Keluarga merupakan institusi yang amat
penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit kecil yang menjadi asas
dalam pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan yang penting
dalam membentuk peribadi individu yang baik.
Dari situ akan lahir masyarakat yang
berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah SWT.
Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan
antara dua individu yang kemudiannya berkembang menjadi suatu institusi
keluarga.
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi
institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah ianya menjadi lebih
teratur. Islam telah menentukan garis panduan dalam
membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan
jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak
terhadap ibubapa. Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam
perlu dihayati oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama
yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia
beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibubapa mereka.
Definisi
Perkahwinan
Perkahwinan
atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut.
‘Nikah’ menurut bahasa ialah bertemu,
berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah ‘Ijab
dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam.
Tujuan
Nikah
Secara umum
tujuan perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut :
Melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى
Mengikuti sunah Rasulullah ﷺ .
Membina rasa cinta dan kasih sayang.
Bagi memperoleh keturunan yang sah.
Bagi memperolehi kebahagiaan dan ketenangan
hidup yang sakinah.
Bagi memenuhi keperluan seksual yang sah
dan diredhai Allah سبحانه وتعالى
Hikmah Pernikahan
1. Menjaga keturunan
2. Memelihara kesucian diri
3. Melaksanakan tuntutan syariat
4. Dapat mengeratkan silaturahim
5. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
6. Suatu cara yang halal untuk menyalurkan
nafsu seks
7. Perzinaan, pelacuran, liwat dan maksiat
dapat dielakkan.
8. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih
sayang dan ketenteraman
Ajaran dan
pendidikan Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat dalam
membina keluarga dan membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan -
kegiatan negetif dan perkara- perkara yang
tidak bermoral.
Oleh itu,
perkahwinan dan institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam, dilihat medium
yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman mewujudkan keluarga sakinah, mawadah
dan warahmah.
Poligami
dalam menurut Islam.
Poligami bukanlah
satu amalan yang asing dalam kehidupan umat Islam dizaman Rasulullah SAW dan
sahabat-sahabat baginda. Majoriti sahabat-sahabat Rasulullah SAW hidup
berpoligami berbanding yang tidak berpoligami.
Hukum
poligami
Hukum asal poligami
ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :
وَإِنْ
خِفْتُمْ
أَلَّا
تُقْسِطُوا
فِي
الْيَتَامَى
فَانْكِحُوا
مَا
طَابَ
لَكُمْ
مِنَ
النِّسَاءِ
مَثْنَى
وَثُلَاثَ
وَرُبَاعَ
“ Dan jika kamu takut
tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin
dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3)
Tetapi, hukum
poligami boleh menjadi sunat, makruh
atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.
SUNAT
Apabila seseorang
lelaki memerlukan isteri yang lain. Contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya
beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau
mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap
isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat.
MAKRUH
Sekiranya poligami
itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu
semata-mata dan dia meragui (syak) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap
isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Sabda Rasulullah
s.a.w :
دع
ما
يريبك
إلى
ما
لا
يريبك
“ Tinggalkanlah
perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.
HARAM
Jika seseorang lelaki
ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap
isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia
tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum
poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada
orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :
لا
ضرر
و
لا
ضرار
“ Tidak ada
kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”
Syarat-syarat
Berpoligami.
1. Suami dapat
bersikap adil terhadap isteri-isterinya. Maksud adil di sini ialah keadilan
yang mampu digapai oleh manusia, iaitu sama rata dari sudut material sama ada
nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.
2. Kemampuan memberi
nafkah. Syarak tidak membenarkan perkahwinan seorang lelaki yang ternyata tidak
mampu memberi nafkah kepada isterinya, sama ada isterinya itu seorang, dua,
tiga atau empat.
Hikmah Berpoligami.
1. Mengangkat darjat
dan taraf hidup kaum wanita yatim dan miskin secara sosial di samping menjaga
kehormatan wanita.
2.Melatih kaum lelaki
untuk menjadi pemimpin dan berbuat adil. Manakala melatih kaum wanita untuk
patuh pada suami untuk sama-sama beribadah dan berjuang di jalan Allah.
3.Mendapatkan
keturunan atau memperbanyak keturunan yang soleh dan solehah.
4. Melaksanakan
perintah Allah.
No comments:
Post a Comment