Friday, 21 November 2014

Ilmu dan Pendidikan Orang Melayu Selepas Kedatangan Islam



Ÿ 

 Pendidikan orang Melayu selepas Islam terbahagi kepada dua :
- Formal
- Tidak Formal


ŸMatlamat pendidikan tidak formal :
-Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yang berasaskan pada polar kehidupan tradisional.
- Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.

ŸPendidikan untuk semua :
Setelah kemasukan Islam, perkembangan pendidikan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kepada kaum lelaki dan wanita.

Ÿ Asas pendidikan Islam :
Asas permulaan pendidikan di  Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga hukum agama.

ŸPeranan pemerintah :
Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama seperti Pasai, Aceh dan Melaka.


Sistem pendidikan Islam secara tidak formal
Berdasarkan :

Pengalaman, pemerhatian dan latihan :
Ilmu diturunkan melalui prosespengalaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak langsung

Ilmu pengurusan rumah tangga juga dipelajari :
Anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

Pendidikan agama ( di rumah guru, surau ) : 

-Ulama turut menjadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam sejarah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk mempelajari agama.

-Setelah kedatangan Islam, pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajaritulisan jawi.

-Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu.

-Di Filipina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau di rumah guru agama.

Sistem pendidikan Islam secara formal


Institusi pondok :
-Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada penempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif.

-Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, dan pondok Tokku Pulau Manis di Terengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.

-Kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawuf dan mantiq. Lepasan sekolah pondok – belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yang melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengajar di pondok.

-Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,rumah tok guru, tempat beribadat, dan tempat menghadiri sekolah agama.

-Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.

Sistem pendidikan madrasah : 



-Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrasah. Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.

-Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura, madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.


Pengajian Islam di istana : 

-Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu seperti Sejarah Melayu.

-Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah dan Hikayat IskandarZulkarnain.

-Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasauf.


Peranan masjid :

-Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mempelajari agama.


Kesimpulan :
-Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa.
-Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal.
-Penghayatan terhadap Islam telah mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang.
-Sultan yang memerintah turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam Melayu.


Sumber : Tradisi Keilmuan dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu di Nusantara
Oleh : Mohd.Koharuddin Bin Mohd.Balwi (Jabatan Pembangunan Sumber Malaysia)

No comments:

Post a Comment