Friday 5 December 2014

Pertemuan Yang Dirancang

Alhamdulillah pada 9 November 2014, Team AUFA telah membuat janji temu dengan seorang tokoh wanita ternama bagi mendapatkan serba sedikit maklumat untuk menjayakan projek lapangan kami. Kami telah menjelajah ke Tanjung Karang, Selangor untuk bertemu dengan beliau.





Alangkah bertauhnya kami dapat menerumah tokoh wanita yang mempunyai banyak pengaruh dalam masyarakat ini. Pengalaman yang diperolehi tidak mungkin dapat dibeli dengan intan dan permata kerana sesungguhnya setiap bait kata beliau teramat bererti dan memberi kesan positif yang mendalam kepada team AUFA.

Berikut merupakan biodata tokoh wanita tersohor yang kami temu ramah. Lebih mesra dengan panggilan Ibu, kami memperkenalkan Ibu Murtini kepada anda semua.




 Nama                        :           Murtini Binti Kasman
 Umur                        :           60 tahun
 Tarikh Lahir            :           1 Oktober 1954
 Tempat lahir            :           Kampung Seri Tiram Jaya
 Keluarga                   :           Dikurniakan tiga orang puteri yang sudah bekerjaya dan    mempunyai seorang cucu lelaki
Jawatan dalam Masyarakat              :         

Pengerusi Ibu Tunggal Malaysia
Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor
Jawatankuasa Pertubuhan Perempuan Selangor
Biro Badan Wanita Selangor
Pengerusi Badan Wanita Peringkat Kawasan
Lembaga Pengarah Pertubuhan  Kawasan Tg.Karang
Pengerusi Badan Wanita Sempadan Tengah
Pengerusi Ibu Tunggal Parlimen Tg.Karang
Pengerusi Perbadanan  Perempuan Parlimen Tg.Karang
Pengerusi Pusat Pemulihan dalam Komuniti / OKU Tg.Karang
Pengerusi Koperasi Sempadan Tengah
Pengerusi Koperasi Ibu Tunggal Tg.Karang
Pengerusi II Koperasi Pembangunan Daerah Kuala Selangor
Pengerusi II Skuad 1 Malaysia (AADK) Kuala Selangor
Jawatankuasa Bahagian Tg.Karang
Naib Ketua Gerakan Wanita Tg.Karang
Timbalan Naib Ketua Wanita Seri Tiram Jaya
Pengerusi Biro Wawasan Wanita Tg.Karang
Pengerusi Skuad Sukarelawan Parlimen Tg.Karang
Pengerusi Wanita Masjid Abu Hassan

No comments:

Post a Comment