Friday, 5 December 2014

Coretan Hasil Temu Ramah bersama - sama Ibu Murtini



Ulasan video daripada aspek pendidikan,wanita dan kekeluargaan.

Pendidikan
Perbezaan pendidikan pada zaman dahulu dan sekarang?

Generasi zaman sekarang ,generasi Y hidup dalam dunia tanpa sempadan yang banyak membabitkan penggunaan teknologi. Segalanya hanya di hujung jari. Maklumat dapat diperolehi bukan sekadar melalui buku dan ensiklopedia malahan melalui alam maya (Internet). Ibu bapa  zaman sekarang mampu untuk memberikan pendidikan kepada setiap anak-anak mereka. Tidak menjadi masalah untuk menyekolahkan anak-anak di institusi awam mahupun swasta,begitu juga dalam negara atau luar negara. Zaman sekarang ilmu dilengkapi dengan pelbagai sumber iaitu sumber bertulis dan juga maya.
Generasi zaman dahulu pula jauh bezanya berbanding sekarang . rata-rata masyarakat zaman dahulu amat susah untuk memperoleh ilmu.Perempuan diajar memasak,mengemas iaitu kerja yang lazim bagi kaum Hawa manakala lelaki pula diajar bertukang,menoreh getah serta kerja lain yang banyak dilakukan oleh kaum Adam. Komuniti dahulu sukar untuk menyekolahkan anak-anak apatah lagi mendedahkan mereka kepada teknologi yang ada pada zaman tersebut. Keluarga dahulu pula menghadapi kesukaran untuk menyekolahkan kesemua anak mereka dan akhirnya cuma seorang sahaja yang mendapat pendidikan. Pada zaman dahulu,sumber ilmu terhad kepada sumber bertulis.

Kekeluargaan.
Bagaimana cara untuk mendidik anak-anak?

 Anak-anak zaman dahulu lebih takut kepada ibu bapa mereka. Mereka tidak berani dalam melanggar larangan ibu bapa mereka. Mereka diterapkan dengan sifat kekeluargaan iaitu sentiasa mengingati keluarga di mana jua mereka berada dan juga tanggungjawab. Perkara ini amat berlainan dengan anak-anak pada zaman moden ini yang rata-ratanya tidak menghormati ibu bapa,bersikap lebih bebas dan kurang sikap tanggungjawab.
Anak anak tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas kewujudan sikap negatif ini. peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang jelas menunjukkan tanggungjawab ibu bapa dalam mencorak anak-anak. Ibu bapa pada zaman sekarang dilihat lebih mementingkan karier sehingga penjagaan anak anak juga dilakukan oleh pembantu rumah. Selain itu,ibu bapa sekarang bersikap lebih daripada anak dalam membuat keputusan. Mereka yang menentukan jurusan,institusi dan sebagainya.

Tambahan  pula,mereka kurang menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anak.
Ibu bapa seharusnya banyak meluangkan masa bersama anak anak,berkongsi cerita dan masalah. Penerapan ilmu Islam seharusnya ditingkatkan dalam melengkapkan kehidupan sebagai insan yang mengejar keseimbangan dunia dan akhirat. Berdampinglah dengan anak-anak melalui sokongan dan doa.





Wanita
Keistimewaan wanita dan bantuan kepada wanita khususnya Ibu Berdikari.

Pelajar wanita lebih berjaya  berbanding lelaki dan wanita juga merupakan pemimpin secara semulajadinya(ibu). Wanita lebih memahami dan bijak menguruskan masa.
Peruntukan ruang dan jawatan untuk wanita yang berminat dalam bidang kepimpinan. Kuota wanita dalam jawatan tertentu ditambah,membincangkan hak hak wanita. Namun begitu,kerja-kerja perempuan seperti memasak,menjahit,mengemas juga harus tidak dilupakan kerana itu adalah norma. Wanita juga sepatutnya mencontohi  kepimpinan Khadijah R.A serta Aisyah R.A
Bantuan untuk Ibu Tunggal atau lebih dikenali sebagai Ibu Berdikari
·         Program keusahawanan dan koperasi
·         TEKUN dan AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (membantu wanita di kampung)
·         Pinjaman tanpa cagaran daraipada pihak tertentu( BANK PERTANIAN)
·         Zakat(ASNAF)




No comments:

Post a Comment