·
Pendidikan
orang Melayu dijalankan secara tidak formal.
·
Pendidkan
untuk kanak – kanak dijalankan di dalam sesebuah keluarga dan kemudiannya
dikendalikan pula oleh seseorang yang mempunyai kepandaian di dalam sesuatu
perkara. Pendidikan juga dikendalikan oleh guru – guru yang pakar dalam bidang
yang diperlukan oleh masyarakat pada masa itu.
·
Skop pelajaran yang dipelajari kanak – kanak :
-
Adat resam
-
Sistem kepercayaan masyarakat Melayu
-
Cara – cara menyesuaikan diri dalam
masyarakat (secara tidak langsung)
-
Ilmu ukiran
-
Anyaman bakul
-
Ilmu mempertahankan diri
-
Ilmu kias dan raksi
-
Ilmu mentafsir mimpi dan ramalan
-
Ilmu bedil
-
Ilmu pertukangan ( dalam pembuatan
rumah, senjata, perahu, lesung, kuku kambing dan sebagainya.)
-
Ilmu perlombongan
-
Ilmu perdukunan
-
Ilmu perladangan
-
Ilmu pertanian
-
Ilmu perikanan
·
Ilmu – ilmu tersebut diperturunkan
daripada generasi tua kepada generasi muda turun – temurun untuk kegunaan
kehidupan seharian.
·
Pendidikan anak – anak Melayu
dibekalkan dengan kemahiran praktikal yang perlu bagi mengambil alih peranan
ibu bapa apabila dewasa dan lazimnya kemahiran praktikal ini dihubungkan dengan
‘gender’ atau jantina.
-Contoh :
# Di kawasan luar bandar, bapa
akan melatih anak lelaki dengan tugasan dan tanggungjawab serta kerja – kerja berat
yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki.
# Para ibu pula berperanan
melatih anak perempuan dengan tugas – tugas domestik seperti keperluan rumah
tangga sebagai persediaan apabila anak perempuannya berkahwin kelak,
menjadi isteri dan seterusnya bergelar
ibu.
-Dididik oleh ibu, ibu saudara dan kakak.
-Anak – anak perempuan belajar
tentang kerja – kerja rumah, kemahiran tangan dan warisan kekayaan tradisi.
-Melalui cerita yang disampaikan
oleh Penglipur Lara iaitu seorang pencerita yang mahir menyampaikan cerita
secara lisan.
-Penglipur Lara akan
menyampaikan cerita – cerita daripada koleksi cerita oleh generasi tua sebelum mereka kepada orang ramai.
-Unsur – unsur dongeng
diserapkan ke dalam sesetengah cerita.
-Penerapan nilai – nilai murni
dan pendidikan turut dilakukan dengan tujuan mempengaruhi tingkah laku
pendengarnya.
* Kisah raja
*Kisah pahlawan
* Kisah haiwan
·
Kesimpulan pendidikan orang Melayu sebelum kedatangan Islam :
-Pendidikan berteraskan alam
semula jadi dengan kehidupan seharian.
-Pendidikan juga berteraskan
adat resam yang menjadi ikutan sesebuah masyarakat.
-Pendidikan disampaikan melalui
lisan secara turun temurun dari generasi ke satu generasi.
Sumber : Tradisi Keilmuan dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu di Nusantara
Oleh : Mohd.Koharuddin Bin Mohd.Balwi (Jabatan Pembangunan Sumber Malaysia)
No comments:
Post a Comment