Kaum perempuan bukanlah kaum yang dipandang rendah,bahkan
dianggap setara dalam kehidupan. Indikasi ini dikukuhkan dengan ketentuan adat
yang memberi hak-hak khusus bagi kaum perempuan dalam melaksanakan adat dan
tradisi. Banyak kisah yang mengekalkan keutamaan wanita dan kemuliaan mereka.
‘Adat hidup kampung
berhalaman,lelaki perempuan seiya sekata’
Gelaran ‘Cik Puan’, ’Puan’
bahkan ’ Tun’ diberikan kepada kaum wanita yang memiliki keutamaan dalam
sesebuah masyarakat. Sejarah juga membuktikan bahwa kaum perempuan pernah
menjadi ‘ratu’ memerintah kerajaan dan menjadi pemegang ‘cogan
kerajaan’.,seperti Tengku Hamidah.
‘Apa tanda Melayu
jati,maruah perempuan ia hormati’
Banyak pantang larang seperti pembatasan wanita untuk keluar
rumah, pembatasan wanita melakukan kerja berat serta pembatasan dalam pergaulan
adalah untuk memelihara martabat serta menghormati maruah kaum wanita. Namun
dalam hal-hal tertentu yang mengutamakan kekuatan fizikal menjatuhkan maruah kaum wanita serta menimbulkan
permasalahan bagi kaum wanita seperti kuli dan hamba sahaya.
Antara larangan untuk kaum wanita:
-Sumbang duduk- dilarang duduk di tempat banyak
laki-laki, atas pintu tingkap, duduk mencangkung dan sebagainya.
-Sumbang tegak (berdiri)-dilarang duduk dan berdiri di persimpangan jalan tanpa urusan.
-Sumbang diam-dilarang tinggal di tempat banyak orang laki-laki dan tinggal bersama bapak tiri berdua orang.
-Sumbang perjalanan-dilarang berjalan berduaan dengan laki-laki di tempat sunyi dan gelap.
-Sumbang perkataan-dilarang berkelakar di depan orang laki-laki
-Tidak boleh memecahbelahkan rumah tangga orang lain.
-Perlu menjaga sifat-sifat perempuan dalam pergaulan dan perbuatan
-Perlu bersopan santun dalam majlis orang ramai.
-Tidak boleh melanggar kesopanan
Kekerasan adalah dilarang ke atas kaum wanita kerana wanita
adalah kaum yang penuh kelembutan dan perasaan yang halus .
‘Apabila perempuan
dipermalukan orang,di situlah tempat nyawa melayang.’
Sumber :
1)Dipetik dari: Che Zarrina Sa’ari dan Joni
Tamkin Borhan (2006), Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam, Jurnal
Usuluddin bil 23-24.Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h.
36-40.
2) PERANAN WANITA DALAM POLITIK DAN PEMBANGUNAN
DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN oleh Zaherawati Zakaria.
No comments:
Post a Comment